Sunday 27 February 2011


Tajuk: tokoh agama(iman )(HAJI RAMLI BIN SHAFIEE)

Disediakan untuk:ustaz abdul aziz bin harjin pensyarah ctu 551

Disediakan oleh: siti nur ashikin bt zulkifli
No matrik:2010433872
No kumpulan bmb 2ab

Program: sarjana muda pengurusan perniagaan kepujiaan      (kewangan)

Tarikh serah: 29/2/2011





Isi kandungan

Tajuk
Isi kandungan
Abstrak
pendahuluan
Latar belakang tokoh
Masalah dalam menjalankan tugas
Kenangan manis dan pahit
sumbangan
Aktiviti Masjid
kesimpulan
Harapan



Abstrak
dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin agama  di Artikal ini saya tulis bertujuaan  untuk mengetahui tanggungjawab  dan halangan kawasan saya.seperti yang kita ketahui menjadi iman bukanlah mudah dalam menjadi pemimpin agama di kawasan beliu,namun begitu masih terdapat masalah – masalah lain yang beliu harus fikirkan.contohnya  masalah-masalah penduduk kampung  dan kebajikan penduduk kampung  yang harus dijaga oleh beliu.Di samping itu sepanjang tempoh hamper 10 tahun memegang jawatan sebagai seorang pemimpin agama di kawasan beliu, terdapat banyak ranjau, permasalahan,kenangan pahit dan pahit yang harus ditempuhi oleh beliu.namun begitu beliu masih tetap bertahan untuk menjadi role model kepada penduduk di kawasan beliu.Sebagai sebuah masyarakat yang beragama islam, kita sudah tentu tahu untuk menjadi pemimpin agama kepada masyarakat islam bukanlah mudah.justeru itu kesabran yang tinggi serta ilmu agama yang utuh menjadi perisai keimanan dalam diri mareka…sebagai pemimpin agama yang berjihad pada jalan Allah


PENDAHULUAN
Masjid merupakan lambing syiar umat islam dan juga merupakan pusat keagamaan yang menghubungkan antara hamba dan penciptanya.selain iti masjid merupakan tempat tempat kegiatan ilmu agama dijalankan bagi menyampaikan dakwah islam kepada masyarakat.masjid juga merupakn rumah allah yang sangat mulia.masjid memainkan peranan yanag sangat luas dalam menyampaikan dakwah islam .justeru di setiap masjid mestilah ada seorang pemimpin yang akan memberikan khutbah pada hari jumaat,iman ketika sembahyang berjemmah dan juga ceramah yang dijalankan.malahan iman juga sebagai pengelola masjid dan juga sebagai perancang untuk membangunkan masjid di kawasan beliu.sesungguhnya iman memainkan skop peranan yang lebih luas dalam memimpin umatnya.


Biodata tokoh…..
:HAJI RAMLI Nama BIN SHAFIEE
TARIKH LAHIR:23/ 12/1954
ASAL:KG KELUT,KEDAH
Mula menjadi imam ketika berusia 51 pada tahun 2005
Bil anak: 9 orang
 
LATAR BELAKANG TOKOH
Haji ramli bin shafiee dilahirkan di kampung kelut pada 23/12/1954.beliu mula mendapat pendidikan awal di sekolah pondok pandang terap.di sekolah tersebut beliu lebih banyak didedahkan  dengan ilmu ilmu agama.pada umur beliu 20 tahun beliu telah berkahwin dengan hajah halimah dan dikurniakan Sembilan orang anak . tiga daripada semilan orang anak beliu telah berkahwin dan beliu mempunyai tiga orang cucu yang menambahkan lagi keceriaan dalam keluarga beliu. hasil didikan agama yang diterapkan kedalam diri anak anak mereka telah Berjaya menjadikan anak mereka Berjaya dalam bidang masing masing.antaranya dalam bidang kejuteraan ,kententeraan, jururawat dan juga yang masih bersekolah serta di pusat pengajian tinggi.sesungguhnya didikan agama yang ada pada beliu menjadi resepi kejayaan dalam mendidik anak anak beliu agar menjadi seorang manusia yang sempurna di dunia dan akhirat.beliu berpendapat didikan agama penting dalam mamastikan agar anak anak menjadi seorang yang sempurna bukan sahaja dalam bidang kerjaya bahkan ilmu akhirat juga diperlukan sebagai kompas manusia di muka bumi allah agar tidak tergelincir dari landasan kehidupan. Sikap penyayang,bertanggungjawab dan prihatin yang ada dalam diri beliu telah menambat hati penduduk kampung untuk dilantik sebagai iman masjid di kampung beliu bagi mengantikan iman yang sedia ada pada tahun 2005 yang pada ketika itu beliu berumur 52 tahun.beliu meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan oleh beliu dengan penuh rasa tanggungjawab agar niat sebenar dan syariat allah dapat disampaikan kepada seluruh umat islam.sikap ramah ,prihatin dan tidak memilih kasih menjadi resepi beliu agar dapat menjadi pemimpin agama yang sempurna agar mendapat keberkatan di dunia dan akhirat.beliu bukanlah seorang pemimpin agama yang hanya mengejar nama di dunia tapi kerbekatan dalam menyampaikan dakwah diharapkan dengan harapan semua umat islam dapat hidup dalam ukhwah islamiah serta menerapkan nilai nilai islam dalam diri masyarakat sekeliling.

Cabaran dan halangan
Menjadi seorang pemimpin bukanlah perkara yang mudah dalm pemimpin masyarakat sekeliling.halangan dan pelbagai cabaran terpaksa beliu tempuhi.masalah social remaja masa kini menjadi sebahagian dari tanggungjawab beliu untuk mencegah kegiatan yang tidak bermoral di kawasan beliu.di samping itu masalah masalah penagihan dadah di kawasan beliu juga harus diberi perhatian ,di mana beliau harus  mengenal pasti dari setiap masalah yang timbul agar tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.selain daripada itu beliu juga tidak lepas untuk  untuk menjadi mata mata bersama sama dengan ajk masjid di kampung beliu bagi mencegah kegiatan maksiat yang kini kian berleluasa  khususnya di kalangan remaja masa kini.seperti mana yang kita ketahui bahawa pada hari ini bahawa masalah di kalangan remaja pada masa kini 

menjadi isu isu semasa dalam surat khabar khususnya yang melibatkan masyarakat melayu yang beragama islam.masalah masalah remaja yang kian meruncing pada hari ini turut mendorong beliu untuk memantau remaja remaja di kawasan beliu agar bebas dari kegiatan yang tidak bermoral.dalam menjalankan dakwah dan mencegah kemugkaran ini berbagai masalah yang timbul.antaranya masalah daripada penduduk sekitar yang tidak mahu memberi kerjasama, dimana terdapat sesetengah mereka hanya berpeluk tubuh apabila  sesuatu masalah timbul apabila melibatkan anak anak mereka.beliu terpaksa untuk turun padang bagi meyelesaikan masalh tersebut yang dimana melibatkan masalah remaja anak anak kampung beliu.seperti masalah  penagihabeliu untuk n dan memikirkan cara yang terbaik untuk mencegah perkara tersebut.saya
Begitu kagum melihat kesugguhan beliu untuk membenteras permasalahan yang akan menghalang beliu untuk menyampaikan syariat allah walaupun begitu beliu   terpaksa menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan sesuatu masalah bagi memastikan anak bangsa beliu maju serta bebas dari najis dadah yang menjadi batu penghalang kepada mereka untuk Berjaya
.
Kenangan manis
Sepanjang  lima tahun beliu menjadi pemimpin agama di kawasan beliu sememangnya meninggalkan kesan kesan yang manis dapat beliu banggakan .kerjasama antara penduduk kampung dan antara ahli ajak masjid  begitu baik.mereka begitu memahami antara satu sama lain serta sama sama melontarkan pendapat dan bertukar tukar pendapat bagi melakukan pembahuruan  di tempat beliu walaupun meraka hanyalah penduduk kampung tapi kesugguhan  serta hasil dari permuafakatan tersebut telah membuktikan lagi bahawa  tiada apa yang mengembirakan seseorang itu selain melihat usaha beliu Berjaya ,bukan wang riggit yang diminta cukuplah kerjasama antara jemaah masjid dan penduduk kampung .selain daripada itu apabila beliu menganjurkan aktiviti aktiviti yang berbentuk keagamaan seperti qiamulai,ceramah agama,gotong royong ,seminar di masjid kampung tersebut banyak penduduk kampung yang melibatkan diri.apa yang lebih mengembirakan beliu ialah apabila golongan belia di kawasn beliu turut melibatkan diri.masjid yang dahulunya kecil, tapi sekarang hasil sumbangan daripada anak salah seorang anak muda kampung yang telah Berjaya telah menyumbangkan wang riggit bagi membuat pembahuruan di masjid kampung.beliu begitu berbangga sekali masih terdapat anak muda di kampung beliu yang tidal melupakan asal usul mereka.kini masjid yang dahulunya yang hanya boleh memuatkan beberapa jemaah sahaja kini boleh memuatkan hamper seribu orang lebih,selain itu juga terdapat beberapa aktiviti aktiviti baru diadakan dan dijalankan bagi membantu dan mempertingkatkan semangat ukhwah di kalangan masyarakat sekeliling.selain daripada itu ahli jemmah yang menghadirkan diri ke masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah semakin meningkat dari hari ke hari terutamanya sekali daripada golongan belia.

Kenangan pahit
Semua benda yng kita jalankan dan pikul sememangnya meninggalkan kenangan begiti juga dengan kenangan pahit.dalam menjalankan amanah allah dalam melakukan dakwah kenangan pahit  sudah semestinya.hal ini demikian kerana tidak semua masyarakat sekeliling setuju dengan apa yang kita lakukan.mesti ada saja halangan demi halangan daripada pihak yang berusaha untuk melumpuhkan usaha tersebut.hal ini bertepatan dengan fitrah manusia yang sentiasa  cemburu dengan kejayaan  yang bakal di lakukan oleh seseorang hamba allah itu.terdapapat sahaja halangan dan juga bantahan daripada pihak tertentu apabila sesuatu usul dicadangkan .namun dengan kebijaksanaan dan pengalaman yang beliu miliki mampu mematahkan hujah hujah sumbang daripada pihak tertentu yang tidak mahu melakukan pembahuruan di kawasan mereka.situsi ini dapat kita lihat dari pengalaman nabi muhamad dalam melakukan dakwah pada umat manusia,pelbagai halangan beliu hadapi dalam menjalankan dakwah.bahkan halangan beliu hadapi lebih teruk daripada umat manusia pada zaman ini.namun begitu beliu hadapi dengan tenang.oleh hal demikian tuan haji ramli menjadikan nabi muhamad sebagai idola beliu sebagai membakar semangat dan contoh yang terbaik untuk dijadikan contoh dalam melakukan dakwah dan juga sebagai pemimpin kepada orang ramai dalam hal hal yang berkaitan degan agama.selain daripada itu terdapat juga kenangan kenangan lain yang terpaksa beliu tempuhi sepanjang pengalaman menjadi iman di kawasan beliu antaranya beliu pernah dimarahi daripada penduduk kerana mencapuri urusan mereka dalam hal mendidik anak anak mereka.sedankan pada ketika masalah mat mat rempit,penagihan dadah kian ketara dalam kalangan belia khususnya.oleh hal yang demikian beliu terpakasa turun padang dalam membanteras kegiatan tersebut,hal ini kerana masalah tersebut akan mendatangkan kemudaratan kepada penduduk kampung.sebagai contoh,masalah penagihan dadah akan meyebabka kes kes kecurian akan menigkat,selain itu masalah mat rempit akan membahayakan keselamtan penduduk kampung yang dimana akan membahayakan keselamatan kanak kanak yang akan ke masjid untuk menghadiri kelas fardu ain dan juga warga warga emas.justeru itu beliu telah memanggil pihak polis membuat rondaan di kampung beliu.kesannya terdapat daripada anak anak muda yang terlibat dengan dadah,kecurian,penagihan dadah telah ditahan dan dihantar  ke pusat pemulihan akhlak bagi menjadikan golongan ini bangsa yang berguna kepada masyarakat.namun begitu niat baik beliu disalah taksif oleh sesetengah pihak kampung dan juga bantahan daripada ibu bapa kepada anak anak muda tersebut.namun begitu  beliu hadapi dengan tenang dalam menghadapi masalah tersebut.hal ini demikian kerana jauh di lubuk hati beliu hanya beliu yang tahu niat murni beliu tersebut serta sokongan daripada pihak pihak kampung yang faham  akan  tujuan yang dilakukan oleh beliu.hal ini kerana pasti akan datang  hasil yang baik atas niat murni akan Sesutu perkara.hanya orang orang berilmu sahaja yang akan faham.

SUMBANGAN
beliu banyak menyumbangkan tenga dalam menyampaikan ilmu agama kepada penduduk
dan juga golongan beliu.beliu dan bersama sama jemaah yang lain juga berusaha dalam mencari dana untuk memperbesarkan masjid di kawasan beliu.selain itu beliu berusaha untuk menyumbangkan idea ke arah pembagunan ummah.selain itu beliu juga tidak kedekut,sekiranya beliu mempunyai wang yang lebih beliu akan sumbang untuk pembangunan masjid di kawasan beliu.beliu juga sentiasa peka akan masalah kehidupan masyarakat di kawasan beliu dan seterusnya mencari jalan penyelasian.

 AKTIVITI MASJID

Terdapat belbagai aktiviti yang diaturkan dan dirancang oleh jemaah masjid baik kegiatan fardu ain mahupun fardu kufiyah.dalam hal hal fardu kifayah antara aktiviti yang dijalankan adalah kelas kelas membaca alquran,kelas ilmu ilmu tajwid kepada semua golongan baik muda mahupun tua.selain itu qiamulai turut diadakan bagi bulun Ramadan dan juga pada bulan bukan Ramadan.ceramah ceramh agama  daripada pihak pihak yang berpengalam dan ditauliahkan bagi memotivasikan golongan belia yang pada hari kian tersasar dari kehidupan islam yang sebenar.selain itu kelas kelas tusyen diadakan secara percuma kepada anak anak penduduk kampung yang tidak mampu untuk menghantar ke pusat tusyen.apa yang menarik tentang pusat tusyen ini ialah ianya diajar secara percuma daripada anak muda kampung itu sendiri yang telah Berjaya yang menawarkan diri untuk membuat bakti kepada  masyarakat kampung.selain itu penduduk kampung bergotong royong dari segi tenaga dan juga wang ringgit bagi menyiadakan tempat tusyen tersebut. Terdapat juga kelas taffiz bagi golongan muda dan juga tua atas permintaan penduduk setempat.selain itu  pada hujung minggu sekali akan diadakan  rawatan kesihatn percuma daripada klinik kerajaan.kelas kelas untuk belajar memasak,menjahit dan juga gubahan diadakan secara percuma khusus untuk semua golongan.duit masjid digunakan bagi memulihkan dan meningkatkan infrastruktur masjid.selebih duit itu akan digunakan untuk membuat perniagaan sewa balai dan pinggan mangkuk dengan harga yang murah.keuntungan perniagaan tersebut akan di masukkan ke dalam tabung masjid yang akan digunakan dengan pelbagai tujuan yang baik untuk pembaggunan ummah.dari tabung masjid dan juga sumbangan orang ramai digunakan untuk pelbagai tujuan yang meningkatkan semanagt ukwah di kalangan masyarakat dan juga untuk tujuan pendidikan agama untuk golongan belia di kawasan belia.selain daripda itu aktiviti gotong royong daripada pihak pihak lain turut diadakan antaranya dari golongan tentera dan juga budak budak plkn.selain daripada aktiviti gotong royong aktiviti membersihkan kawasan tanah perkuburan turut diadakan sebulan dua atau tiga kali  daripada golongan belia kampung yang menjadi sukarelawan  yang sanngup membersihkan  secara percuma.

KESIMPULAN
Kesimpulannya dari keseliruhan kita semua dapat simpulkan bahawa pemimpin agama itu memainkan peranan yang cukup penting dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat pada hari ini.sebagai contoh nabi Muhammad yang menyampaikan wahyu allah dalam menyebarkan ajaran agama islam di mana pelbagai halangan terpaksa beliu hadapi dalam menyebarkan agama.  Di sini dapat kita dapat simpulkan bahawa tokoh tokoh agama pada hari ini baik ustaz,iman masjid atau surau,dan  ustazah banyak member sumbangan kepada perpaduan masyarakat islam pada hari ini.mereka semua bagaikan cahaya yang membawa sinaran dalam kehidupan masyarakat islam khususnya.sekiranya mereka tiada sudah tentu kita akan berbaling dari ajaran agama islam lain dan akan terlibat dengan belbagai  aktiviti akativiti yang tidak bermoral dan anak anak muda kita akan rosak akhlak.iman membawa sinar cahaya agama dalam menjadi sumber rujukan agama ketika timbul kemusykilan dalam Sesuatu perkara.mereka juga bertindak sebagai iman di masjid mahupun di surau.justeru itu kita hendaklah sentiasa menyokong dengan apa yang dilakukan dengan iman kita,sesugguhnya apa yang dilakukan oleh beliu akan membawa kebaikan sekiranya mempunyai niat yang murni…insyaallah.

Hadith :
Dari Abdullah bin Mas’ud, katanya:”Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiap-tiap Nabi yang diutus sebelum saya mempunyai pengikut-pengikut dan sahabat-sahabat yang terpilih dari umatnya masing-masing; mereka itu berpegang kepada contoh Nabinya dan menuruti perintahnya; kemudian setelah zaman itu berlalu mereka disambung oleh generasi yang hanya pandai berkata, tetapi tidak bekerja,dan bekerja tetapi tidak menuruti pedoman-pedoman Nabinya. Sesiapa menentang kaum itu dengan kekerasan, mu’minlah ia, menentangnya dengan perkataan, mu’min pula, dan menentangnya dengan hatinya mu’min juga; dan telah habislah iman dari orang-orang yang tidak menentang kemungkaran, walaupun dengan hatinya.”


Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? “Baginda s.a.w. menjawab, “ hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan.”
 
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
 Hadith :
Jundub Ibn Sufyan r.a menerangkan:”Bahawasanya Rasulullah SAW pada suatu hari berada di dalam sebuah peperangan sedangkan anak jari baginda sudah berdarah. Maka berkatalah Rasulullah SAW :”Engkau hai anak jari tiada lain melainkan anak jari yang telah berdarah dan di jalan Allah apa yang telah engkau deritai.”
 
(Bukhari dan Muslim








HARAPAN
Harapan beliu sebagai tokoh agama di kawasan beliu agar anak anak muda dapat membesar menjadi seorang memuda yang seimbang dengan ilmu di dunia dan juga akhirat agar dapat menjadi seorang hamba allah yang berguna di muka bumu ini.selain itu sokongan dan moral yang padu agar pembagunandi kawsan beliu dapat dibangunkan untuk kesejahteraan penduduk

Bilografi
Ustaz tuan haji ramli bin shafiee
Jkk kampung(ustaz ismail ahmad)